Jalan-jalan di India Street
Semalam saya dan suami jalan-jalan di India Street ataupun Lebuh India. Terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis kain, pakaian, perkakas kek atau kuih, kedai makan dan kedai emas. Kami jarang datang ke sini, melainkan ada sebab kukuh. Dulu-dulu zaman sekolah saya selalu datang ke sini bersama-sama ibu saya. Ramai juga pelancong datang ke sini untuk mencari gambir Sarawak, dan kain bermotifkan corak etnik Sarawak.
Jangan lupa singgah Jubilee Restaurant untuk melepaskan lelah. Sejak dulu lagi saya dan ibu gemar makan rojak ayam di restoran ini. Selain daripada rojak ayam, ada nasi campur dan roti canai. Sekarang, suami saya juga gemar makan rojak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan