Khamis, 4 Jun 2020

Jangan ikut nafsu!

Jangan ikut nafsu!

Dapat gaji, simpan 10% terus. Selebihnya, bayar hutang dan belanja ikut keperluan. Kalau masih ada lebih, simpan lagi.

Menabung satu tabiat yang perlu disemai dan dibaja. Lama kelamaan menjadi kebiasaan. Asalkan mula menabung. Buat dengan matlamat, pasti nafsu berbelanja ikut kehendak kalah.

Mulakan cara yang santai dan senang. Asingkan RM1 daripada dompet. Simpan terus ke dalam tabung. Selepas itu, kita simpan pula tabung hijau. Asal jumpa duit hijau, kita simpan. Tanpa sedar, kita mula menabung.

Sudah selesa simpan tabung biru dan hijau, boleh mula simpan 10% daripada gaji. Katakan gaji RM1000. Simpanan lebih kurang RM100. Gaji RM1500, simpanan RM150.

Semak semua perbelanjaan kita. Kurangkan komitmen sehingga dapat mencapai simpanan 30% daripada gaji. Katakan gaji RM2000 simpan RM600.

Kita jadi susah menabung sebab kita rasa menabung ini satu beban. Padahal, menabung adalah keperluan. Cuba set dalam minda, menabung itu seronok.

Hendak menabung emas, tetapi tidak tahu cara, hubungi saya www.wasap.my/60198470582



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jadi Dealer Public Gold

 PROMOSI TERKINI Anda akan mendapat banyak faedah daripada Syarikat Public Gold kerana syarikat yang kukuh di Malaysia. Dealer Public Gold a...