Sabtu, 6 Mac 2021

APA ITU GAP?



GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100 (0.3g++).

Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.
Hari ini 6/03/2021 segram emas harganya RM243.

Kalau korang nak mula terus simpan 10g kiraanya adalah RM243x 10g = RM2430.

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Antara kelebihan GAP ialah:

1. Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

3. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

4. Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.

5. Tiada komitmen bulanan.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

Info tambahan:
Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

Hubungi saya di: Elia binti Hasimi Facebook: https://www.facebook.com/Eliahasimi Telegram: t.me/CikguElia Whatsapp: www.wasap.my/60198470582

Mengapa saya mesti pilih Public Gold dan bukan ABC?




Pertama sekali saya mohon maaf, saya tak tahu tentang company ABC sebab saya adalah pengedar rasmi Public Gold. Kurang elok saya memberikan komen tentang ABC sebab saya bukan pengedar rasmi syarikat berkenaan.


Tapi saya boleh berikan anda BANYAK Sebab mengapa saya, Mahaguru Emas Syukor Hashim, Azizi Ali, Tn Shamsudin Kadir, Jabatan Perdana Menteri dan Pos Malaysia pilih Public Gold.

Public Gold merupakan satu-satunya syarikat jual beli emas di Malaysia yang di iktiraf patuh syariah (Syariah Compliance) oleh panel syariah Amanie Advisors. Panel Syariah yang sama telah dilantik oleh World Gold Council (WGC).

Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang tidak dikenakan GST oleh Kastam Diraja Malaysia disebabkan memiliki emas fizikal diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA).

Satu-satunya syarikat emas di Malaysia menerima pengiktirafan Malaysian Book of Record, satu-satunya syarikat yang mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, juga dijual di lebih 100 cawangan Ar Rahnu POS – unlimited purchase & unlimited buy back.

Public Gold juga merupakan satu-satunya syarikat emas di Asia Tenggara memiliki Muzium Emas di Pulau Pinang yang bernilai jutaan ringgit.

Public Gold mengutamakan aspek pendidikan kesedaran pentingnya menyimpan emas, komited mengadakan seminar emas percuma hampir setiap minggu tanpa henti sejak tahun 2010.

Emas Public Gold diterima meluas di institusi kewangan menawarkan cagaran emas Ar-Rahnu, Public Gold juga sering dirujuk oleh media massa berkenaan dengan perkembangan simpanan emas melalui media massa di TV1, TV3, Astro Awani malah Azizi Ali, pakar kewangan Malaysia turut mencadangkan kepada semua orang agar memilih jenama Public Gold.

Sekarang mungkin anda boleh tanya kepada agent ABC kelebihan syarikat mereka dan awak compare dengan statement saya.

Oh ya, emas Public Gold dikeluarkan oleh syarikat terbesar emas Turki iaitu Nadir Metal refinery (Turki pengeluar emas ke-4 terbesar di dunia) milik seorang Billionaire Muslim bernama Nadir Tutuncu.






Kelebihan Simpan Emas

 “Apa kelebihan simpan emas berbanding duit”


Ini antara soalan yang kerap ditanya daripada klien emas saya.
.
Sebenarnya mudah saja soalan ini iaitu,

1. Ada emas, pasti berduit. Ada duit, belum tentu ada emas.

Daripada situ pun sudah membuktikan bahawa emas mendahului duit dalam soal menyimpan.

2. Kita selalu dihantui oleh masalah kebocoran wang. Masalah kebocoran ini sebenarnya berlaku tanpa sedar dan melibatkan emosi!

Ramai orang mengalami penyakit 'parkinson kewangan'. Dapat gaji, habis dibelanjakan kepada keperluan. Kemudian takde dah baki untuk disimpan untuk beli rumah, kahwin dan simpanan anak-anak.

Inilah peranan yang terbesar sekali manfaat simpan emas. Emas boleh mengatasi masalah boros itu.

Bagaimana?
Bila simpan emas rasa sayang.
Bila simpan duit rasa nak belanja aje!

3. Simpan emas bukanlah penyelesai masalah kewangan. Ia cuma emas ada aura yang sangat kuat untuk menyimpan. Tanyalah orang yang simpan emas, nak ke jual? Susah benar mereka nak jualkan.

Nak tahu lebih lanjut tentang simpanan emas patuh shariah.

Boleh terus klik telegram dibawah atau whatsapp saya di nombor tertera.

Elia binti Hasimi
t.me/CikguElia
www.wasap.my/60198470582

Salam Perkenalan daripada Cikgu Elia




Elia Hasimi
mula simpan emas lama. Kemudian 'terjadi' Dealer Public Gold pada awal tahun 2015. Jadi dealer ni free aje, asalkan jumlah belian melepasi minima untuk layak jadi pengedar rasmi.
Niat asal saya jadi dealer masa tu hanya untuk simpanan sendiri sahaja. Tapi lama kelamaan timbul rasa tanggungjawab dalam diri untuk sama sama berkongsi dengan orang ramai tentang kepentingan emas sebagai aset masa depan.
Ramai terkesan dengan pandemik. Ada yang survive, ada yang struggle. Jadi dengan ilmu yang ada, saya nak share apa ilmu bermanfaat yang ada.
Alhamdulillah Allah permudahkan and saya berjaya capai Priority Dealer pada April 2020. Lagi la saya bersemangat nak berkongsi ilmu emas dengan semua apa yang saya tahu. Saya cuma kongsi cara orang simpan emas dengan patuh syariah dan menguntungkan. Lebih kepada tanggungjawab untuk sebarkan ilmu, wang ringgit perkara kedua.
Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Ada ilmu, kita kongsikan bersama.
Jum bersama-sama saya, kita bina empayar emas bersama.
Apa yang hebatnya berada di dalam group #PGALLSTAR adalah kerana kita mempunyai mentor yang super duper
hebat
iaitu Tuan Hafizul Hakim.
Beliau merupakan penulis buku #TravelogEmas telah diulang cetak sehingga 50,000 buah.
Saya adalah anak didik beliau.
.
Bukan itu sahaja, yang lagi best kita ada group yang sangat sangat supportive. Just follow mentor, insyaa Allah pasti berjaya!
.
Saya masih baru, doakan semoga suatu hari nanti dapat mencapai Master Dealer! Insyaa Allah.
Sebarang pertanyaan hubungi di:

Jadi Dealer Public Gold

 PROMOSI TERKINI Anda akan mendapat banyak faedah daripada Syarikat Public Gold kerana syarikat yang kukuh di Malaysia. Dealer Public Gold a...