Isnin, 3 September 2018



Bersangka baik itu penting. Perbuatan ini dituntut dalam Islam. Sejauh mana kita boleh bersangka baik terhadap orang di sekeliling kita? Saya pun tidaklah baik sangat, tetapi ingin jadi lebih baik. Sejak peristiwa lampau yang tidak dapat saya kongsikan di sini membuatkan saya belajar bersangka baik.
Pada suatu malam, saya bawa anak buah ke Klinik 1Malaysia. Semasa menunggu dipanggil, anak buah saya tengok kartun melalui youtube. Seorang lelaki memakai baju T dan seluar paras lutut senyum ke arah kami. Saya pun senyum kembali, walhal dalam hati seram tengok cara dia senyum.

"Tengok kartun? Hahahaha." Tanya lelaki itu sambil ketawa.
Saya angguk sahaja. Terdetik dalam hati saya, agaknya lelaki ini "insan istimewa". Dengan sedaya upaya saya terus bersangka baik terhadapnya. Ternyata, memang dia "insan istimewa" . Dia melangkah keluar bersama-sama ahli keluarganya setelah anak buahnya dirawat.
Ya Allah. Saya rasa bersyukur sangat kerana saya dapat belajar tidak melabel seseorang itu dengan cepat tanpa usul periksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jadi Dealer Public Gold

 PROMOSI TERKINI Anda akan mendapat banyak faedah daripada Syarikat Public Gold kerana syarikat yang kukuh di Malaysia. Dealer Public Gold a...