Isnin, 3 September 2018

Kesilapan Penyimpan atau Pelabur Emas

Kesilapan penyimpan/pelabur emas.
Saya nak beli emas. Tunggu bulan depan. Mana tau harga jatuh.
Bulan depan
Tak jadi beli la. Tunggu saya betul2 bersedia.
Harga emas GAP 999.9 3 September 2017: RM196
Harga emas GAP 999.9 3 September 2018: RM172
Nak tunggu lagi???
Saya boleh bantu anda.
Your introducer
Elia Hasimi
PG030104
Authorized Public Gold Normal Dealer
019-8470582


Bersangka baik itu penting. Perbuatan ini dituntut dalam Islam. Sejauh mana kita boleh bersangka baik terhadap orang di sekeliling kita? Saya pun tidaklah baik sangat, tetapi ingin jadi lebih baik. Sejak peristiwa lampau yang tidak dapat saya kongsikan di sini membuatkan saya belajar bersangka baik.
Pada suatu malam, saya bawa anak buah ke Klinik 1Malaysia. Semasa menunggu dipanggil, anak buah saya tengok kartun melalui youtube. Seorang lelaki memakai baju T dan seluar paras lutut senyum ke arah kami. Saya pun senyum kembali, walhal dalam hati seram tengok cara dia senyum.

"Tengok kartun? Hahahaha." Tanya lelaki itu sambil ketawa.
Saya angguk sahaja. Terdetik dalam hati saya, agaknya lelaki ini "insan istimewa". Dengan sedaya upaya saya terus bersangka baik terhadapnya. Ternyata, memang dia "insan istimewa" . Dia melangkah keluar bersama-sama ahli keluarganya setelah anak buahnya dirawat.
Ya Allah. Saya rasa bersyukur sangat kerana saya dapat belajar tidak melabel seseorang itu dengan cepat tanpa usul periksa.

Isnin, 9 Julai 2018

POS Ar-Rahnu


Apa fungsi Pos Ar Rahnu? Pos Ar Rahnu adalah tempat pajak gadai berlandaskan patuh syariah. Sekiranya kita memerlukan wang untuk modal perniagaan, pendidikan anak-anak dan sebagainya, kita boleh pajak di Pos Ar Rahnu ataupun di bank yang ada Ar Rahnu. Berikut merupakan cawangan Pos Ar Rahnu di Malaysia. 

Cawangan Pos Ar Rahnu
Di Pos Ar-Rahnu kita boleh dapat 75% pinjaman daripada nilai marhun. Kita boleh lihat contoh surat pajak gadai seperti berikut:
Surat Akuan Gadaian

1 dinar emas


Nilai gadaian mengikut nilai semasa. Berpandukan surat tersebut, kita dapat lihat gadaian untuk syiling emas ataupun 1 dinar emas seberat 4.25gram. Setiap bulan dikenakan upah simpan seperti tertera pada surat. Ketika gadaian dilakukan, pihak Pos Ar Rahnu tidak membuka langsung seal. Ini membuktikan bahawa Pos Ar Rahnu sememangnya ada kerjasama dengan Public Gold dan juga emas Public Gold tulen. Selain daripada Pos Ar Rahnu, COOP Bank ataupun dikenali sebagai Bank Koperasi juga tidak membuka seal emas ini. 

AWAS! Pastikan anda mampu tebus balik dan jangan biarkan hidup anda diselubungi Misteri Hutang. Sebab, tempoh gadaian selama 6 bulan. Sekiranya gagal menebus emas gadaian, emas akan dilelong. Jika anda belum dapat  tebus, anda boleh bayar upah simpan setiap bulan ataupun 6 bulan sekali. Anda boleh minta lanjutkan tempoh penebusan dengan membayar upah simpan untuk bulan berikutnya. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya atau komen.

Elia binti Hasimi
Normal Dealer of Public Gold
PG030104
019.847.0582

Selasa, 3 Julai 2018

LINUS dan Pemulihan Khas

Konstruk Literasi
Ramai ibu bapa risau terhadap kemahiran membaca anak-anak mereka. Tugas untuk membantu anak-anak ini perlu mendapat kerjasama antara guru dan ibu bapa. Sejauh mana kita boleh membantu anak-anak kita? Dengan memperbanyakkan rutin membaca, tak kira walau dimana berada mampu mengukuhkan lagi kemahiran membaca. Sebagai contoh, mengeja perkataan pada papan tanda nama kedai. Selain itu, latih tubi menulis pun sangat perlu di samping mengeja sesuatu perkataan.

Di sini saya berkongsi latihan menulis huruf, suku kata, perkataan dan seterusnya ayat yang boleh anda gunakan untuk anak-anak anda. Boleh klik pautan di bawah:

Latihan Bahasa Melayu

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)







Pentaksiran Bilik Darjah dijalan di semua sekolah di seluruh Malaysia. PBD berfungsi untuk mengukur kebolehan dan kemajuan murid secara berterusan. Pentaksiran berasaskan panduan tahap penguasaan 1 hingga 6.

Template offline untuk pengisian PBS dan PBD boleh download melalui link seperti berikut:

Borang Perekodan Pentaksiran Bilik Darjah

Ahad, 24 Jun 2018

PANDUAN MEMBELI ATAU MENAMBAH GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP) PUBLIC GOLD


PANDUAN MEMBELI / MENAMBAH AKAUN GAP




      Langkah 1:
Bank in atau transfer RM100 atau harga semasa mengikut gram ke akaun atas nama: Public Gold Marketing Sdn Bhd. Simpan slip bank in / transfer.


      Langkah 2:
Tekan LOGIN.



 Langkah 3:
           Masukkan PG Code Member (PG**********) dan password anda.


     Langkah 4:
     Pilih MY GAP.


      Langkah 5:
      Pilih PURCHASE.



Langkah 6:
1.     Masukkan jumlah pembelian.
2.     Pilih Choose File dan upload slip bank in / transfer.
3.     Jumlah bayaran akan keluar automatik.
4.     Masukkan nombor rujukan slip bank in / transfer.


Jadi Dealer Public Gold

 PROMOSI TERKINI Anda akan mendapat banyak faedah daripada Syarikat Public Gold kerana syarikat yang kukuh di Malaysia. Dealer Public Gold a...