|
Apam Lady Bird |
|
Apam pokadot |
Sekali pandang nampak menarik. Sekali ngap, rasa nak lagi. Itu lah penangan apam pokadot. Dapat buat macam-macam jenis corak seperti lady bird, lebah, strawberi dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing. Dah lama tak buat apam ni. Nak buat, bukanlah semudah yang disangka. Dengan saiznya kecil, menguji kesabaran juga. Kalau mood ok, maka hasilnya cantik mcm dalam gmbr. Kalau mood not ok, alamatnya lobang sana lobang sini ataupun terbantut tak mau kembang apam tu. Sebelum ni rajin juga jalankan bisnes apam ni. Oleh kerana sibuk dengan kerja hakiki, makanya terpaksa dilupakan seketika.
|
Apam aiskrim |
Apam aiskrim plak lebih kurang resipinya. Bezanya apam pokadot menggunakan air susu, manakala apam aiskrim menggunakkan aiskrim soda. Yang ini pula perlu lipat kertas untuk jadikan acuan bentuk kon. Yang ini lagi sedap. Coklat dan kacang badam. Pergh..kombinasi yang meletop! Teringat kawan saya order apam ni 10 bijik..Die sorang je makan..meleleh air liur..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan