Apa fungsi Pos Ar Rahnu? Pos Ar Rahnu adalah tempat pajak gadai berlandaskan patuh syariah. Sekiranya kita memerlukan wang untuk modal perniagaan, pendidikan anak-anak dan sebagainya, kita boleh pajak di Pos Ar Rahnu ataupun di bank yang ada Ar Rahnu. Berikut merupakan cawangan Pos Ar Rahnu di Malaysia.
Cawangan Pos Ar Rahnu |
Surat Akuan Gadaian |
1 dinar emas |
Nilai gadaian mengikut nilai semasa. Berpandukan surat tersebut, kita dapat lihat gadaian untuk syiling emas ataupun 1 dinar emas seberat 4.25gram. Setiap bulan dikenakan upah simpan seperti tertera pada surat. Ketika gadaian dilakukan, pihak Pos Ar Rahnu tidak membuka langsung seal. Ini membuktikan bahawa Pos Ar Rahnu sememangnya ada kerjasama dengan Public Gold dan juga emas Public Gold tulen. Selain daripada Pos Ar Rahnu, COOP Bank ataupun dikenali sebagai Bank Koperasi juga tidak membuka seal emas ini.
AWAS! Pastikan anda mampu tebus balik dan jangan biarkan hidup anda diselubungi Misteri Hutang. Sebab, tempoh gadaian selama 6 bulan. Sekiranya gagal menebus emas gadaian, emas akan dilelong. Jika anda belum dapat tebus, anda boleh bayar upah simpan setiap bulan ataupun 6 bulan sekali. Anda boleh minta lanjutkan tempoh penebusan dengan membayar upah simpan untuk bulan berikutnya. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya atau komen.
Elia binti Hasimi
Normal Dealer of Public Gold
Elia binti Hasimi
Normal Dealer of Public Gold
PG030104
019.847.0582