Selasa, 25 April 2017

Kisah saya nekad simpan emas

Saya dapat kerja agak lambat kerana masa remaja saya habiskan melanjutkan pelajaran. Kira punya kira, sejak saya sambung belajar di peringkat pra diploma sehingga mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, sudah 8 tahun. Sempat bekerja sebagai juru latih PLKN pada tahun 2004, guru  ganti serta kerja secara kontrak dengan Jabatan Perangkaan pada tahun 2007. Pada masa itu, saya belum lagi sedar kepentingan menyimpan emas.

Apabila mula bekerja, saya berjinak-jinak dengan pembiayaan peribadi dan juga 2 kad kredit. Sebenarnya saya tidak perlu semua tu. Saja suka-suka. Cukup bulan, bayar kad kredit RM600. Semuanya RM807.00. Sebenarnya, saya mampu berbelanja tanpa semua tu memandangkan saya mengajar di kawasan pedalaman dan mendapat elaun RM1000 sebulan. Cuba bayangkan betapa saya membazir dan merugikan pendapatan saya dengan perkara yang sia-sia.

Namun begitu, tahun pertama saya bekerja saya dapat simpan sehingga RM7000. RM7000 tidak bertahan lama dalam akaun saya. Habis begitu sahaja. Saban hari rasa tak cukup sebab saya ni memang kuat belanja. Selalu pergi shopping dengan tanpa rasa bersalah. Sampai saya nak kahwin, saya buat personal loan. Tambah lagi hutang RM207 sebulan tambah kad kredit jadi RM807 semuanya. Pay for nothing again.

Sehingga satu ketika, saya ternampak post Myza tentang simpan emas. Hampir setiap hari saya baca yang dikongsikan dalam FB. Saya memang simpan niat nak simpan emas. Oleh saya duduk di Kanowit, dan dia duduk Kuching niat saya terbantut. Saya tangguhkan niat saya.

Apabila saya dapat pindah Kuching pada tahun 2013, saya nekad nak simpan emas. Emas pertama saya beli ialah 1 dinar 916 pada ketika itu berharga RM600++. Ada duit lebih, saya beli tunai. Kalau tak, saya bayar ansuran 4 bulan dengan easy payment purchase. Masa tu, saya dah set dalam kepala beli saja tanpa kira murah atau mahal.
1 dinar 916


Saya masih rasa terbeban dengan kad kredit. Tak tahu nak settle macam mana. Personal loan lagi. Akhirnya, saya terbaca artikel Hafizul Hakim tentang melunaskan hutang dengan menggunakan simpanan emas. Saya pun jual semua dinar yang saya ada. Kalau ada rezeki beli lagi dinar, kan? Alhamdulillah lega rasa hati bila tak ada kad kredit lagi.


Walaubagaimanapun saya tetap teruskan menyimpan emas sehingga kini, di mana harga emas lebih tinggi daripada yang saya beli sejak tahun 2013. 1 dinar 916 sudah menjadi item yang "rare" dan menjadi rebutan penyimpan emas.

Ahad, 23 April 2017

Aurora Italia


Finding the perfect present for HER this coming Mother's Day?

Aurora Italia has exactly what you've been searching for, touch her heart with a gift that truly can be represent MOMS, Aurora Italia Queen of My Heart.

Special price for you:
Queen of My Heart (3 charms)
S- RM2788
M-RM2828
L-RM2878
XL-RM2938

Queen of My Heart (5 charms)
S- RM3678
M-RM3708
L-RM3758
XL-RM3818

How to order?
1. Choose your charms through Aurora Italia Catalog
2. Contact me through whatsapp 019-8470582 or email eliahasimi@gmail.com

Jadi Dealer Public Gold

 PROMOSI TERKINI Anda akan mendapat banyak faedah daripada Syarikat Public Gold kerana syarikat yang kukuh di Malaysia. Dealer Public Gold a...