Saya dapat kerja
agak lambat kerana masa remaja saya habiskan melanjutkan pelajaran. Kira punya
kira, sejak saya sambung belajar di peringkat pra diploma sehingga mengambil
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, sudah 8 tahun. Sempat bekerja sebagai juru
latih PLKN pada tahun 2004, guru ganti
serta kerja secara kontrak dengan Jabatan Perangkaan pada tahun 2007. Pada masa
itu, saya belum lagi sedar kepentingan menyimpan emas.
Apabila mula
bekerja, saya berjinak-jinak dengan pembiayaan peribadi dan juga 2 kad kredit.
Sebenarnya saya tidak perlu semua tu. Saja suka-suka. Cukup bulan, bayar kad
kredit RM600. Semuanya RM807.00. Sebenarnya, saya mampu berbelanja tanpa semua tu
memandangkan saya mengajar di kawasan pedalaman dan mendapat elaun RM1000
sebulan. Cuba bayangkan betapa saya membazir dan merugikan pendapatan saya
dengan perkara yang sia-sia.
Namun begitu, tahun
pertama saya bekerja saya dapat simpan sehingga RM7000. RM7000 tidak bertahan
lama dalam akaun saya. Habis begitu sahaja. Saban hari rasa tak cukup sebab
saya ni memang kuat belanja. Selalu pergi shopping dengan tanpa rasa bersalah.
Sampai saya nak kahwin, saya buat personal loan. Tambah lagi hutang RM207
sebulan tambah kad kredit jadi RM807 semuanya. Pay for nothing again.
Sehingga satu
ketika, saya ternampak post Myza tentang simpan emas. Hampir setiap hari saya
baca yang dikongsikan dalam FB. Saya memang simpan niat nak simpan emas. Oleh
saya duduk di Kanowit, dan dia duduk Kuching niat saya terbantut. Saya
tangguhkan niat saya.
Apabila saya dapat
pindah Kuching pada tahun 2013, saya nekad nak simpan emas. Emas pertama saya
beli ialah 1 dinar 916 pada ketika itu berharga RM600++. Ada duit lebih, saya
beli tunai. Kalau tak, saya bayar ansuran 4 bulan dengan easy payment purchase.
Masa tu, saya dah set dalam kepala beli saja tanpa kira murah atau mahal.
1 dinar 916 |
Saya masih rasa
terbeban dengan kad kredit. Tak tahu nak settle macam mana. Personal loan lagi.
Akhirnya, saya terbaca artikel Hafizul Hakim tentang melunaskan hutang dengan
menggunakan simpanan emas. Saya pun jual semua dinar yang saya ada. Kalau ada
rezeki beli lagi dinar, kan? Alhamdulillah lega rasa hati bila tak ada kad
kredit lagi.
Walaubagaimanapun
saya tetap teruskan menyimpan emas sehingga kini, di mana harga emas lebih
tinggi daripada yang saya beli sejak tahun 2013. 1 dinar 916 sudah menjadi item yang "rare" dan menjadi rebutan penyimpan emas.