Apam polkadot masih lagi menjadi pilihan untuk sajian dalam majlis seperti sambutan hari lahir dan juga sebagai door gift majlis perkahwinan. Dah lama tak buat, baharu hari ini sempat buat. Tapi, apam nya tak sempurna. Permukaannya tak "smooth". Kira warming up lah. Hihihi. Biasanya saya ambil order untuk 50 biji (ada inti) RM25. Bermula dengan suka-suka, akhirnya menjadi hobi. Pernah juga dapat order dalam 300biji sekaligus. Oleh kerana sorang-sorang je buat, tak larat nak ambik order lebih daripada tu.
Karipap ni ada rahsianya. Dek kerana takde kari, saya buat inti dengan tumis bawang besar, bersama daging cincang dan ubi kentang yang dipotong dadu. Masukkan sekali pati ayam dan sedikit butter. Yummy..sedapnya. Doh pula resipi daripada arwah nenek saya. Cairkan planta dan masukkan ke dalam tepung gandum. Ramas-ramas dengan rata dan masukkan air yang bercampur dengan sedikit garam. Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit campuran air itu sehingga menjadi doh. Karipap ni tak lawa. Syukur alhamdulillah, rangup jugak dan boleh tahan intinya.